Kadang kala aku rasa setiap pengorbanan itu sesuatu yang sangat mulia..dan sebenarnya yang mulia hanyalah orang yang bekorban untuk yang maha Esa, tapi adakah pengorbanan pada seorang teman adalah sesuatu yang berbaloi??..dulu aku fikir sahabat adalah segalanya,dalam hidup aku yang penuh kesunyian tampa dorongan keluarga ,di saat aku memerlukan kekuatan untuk menerima sebuah kehilangan, sahabat datang seperti seorang bidadari yang membisikkan kata-kata semangat, dan aku sangat terharu, dan aku fikir itulah sahabat-sahabat sejatiku. menangis,gembira,ketawa,bersedih bersama, dan aku merasakan pengorbanan itu amat bermakna..
Namun persahabat itu juga sesuatu yang melukakan, aku mula merasakan persahabat itu adalah satu tempat persinggahan yang akan dilalui oleh manusia dan perlahan demi perlahan tempat itu akan dilupakan bila saat semuanya mempunyai kehidupan sendiri. setiap manusia akan menemui titik noktah dalam kehidupan dan apabila kita semua telah menemuinya, segalanya akan menjadi kenangan. pada aku sekarang sahabat itu hadir hanya untuk mematangkan, mendidik, menyedarkan dan memberi kesedaran tentang bertapa indahnya kehidupan atau bertapa kejamnya kehidupan, dua rencah yang berlainan tapi itulah kesanya.
Sahabat untuk dikenang, kesilapan untuk dimaafkan, biarlah semuanya tinggal kenagan, tak kiralah bertapa sakit atau terlukanya hati ini bila merasakan pengorbanan ini tidak berbaloi, kelukaan bila dikhianati, namun pada aku sekarang itulah, tempat-tempat yang mengajar aku erti kehidupan, kematangan dan mengajar aku bahawa sampai satu saat mementingkan diri adalah lebih baik dari melakukan pengorbanan, kerana sakitnya bila mana pergorbanan itu disiakan, tak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Mungkin waktu itu kita akan dibenci, dituduh dengan bermacam-macam andaian, biarlah yang pasti aku tidak mahu lagi dipergunakan.. sahabat boleh menjadi cahaya yang paling indah, dan sahabat juga boleh menjadi duri yang amat berbisa.
biarlah aku memahami diriku sendiri, dan aku akan tersenyum bila wajah dimamah usia mengenangkan setiap sahabat yang hadir dalam hidupkan sebagai satu percaturan dalam mendewasakan. aku pernah mencintai mereka,pernah menyayangi,pernah memberikan dengan seikhlasnya, dan kini aku tidak mahu terluka lagi.
No comments:
Post a Comment