Sunday, November 13, 2011

27 nov 2010.....save the date

Lama rasanya tak update blog...kira2 sudah setahun lebih...huhuhu..pasword pun sudah lupa...3 kali try baru bleh masuk....malasnya aku ek..huhua



kali pertama update blog yang aku tak share dengan sapa pun. sekadar nak buat diari je rasanya..kali ni  status dah berubah...i am a wife...huhu..kawin dengan orang yang pertama dan terakhir aku cinta...walaupun banyak luah perasaan pasal suami ku ini dulu-dulu..tapi akhirnya jodoh aku sampai jugak dengan dia..apa yang bleh aku catat ialah semuanya berbaloi...love him so much...

Tuesday, March 16, 2010

Menantu Kerja Kerajaan

Menteliti orang tua, kalau nak menantu mesti nak soal kerja apa, Yang Main kat kepala hotak dorang cikgu, polis, askar, misi....,dan segala bagai asal kerajaan. Alasanya senang skit hidup ank nanti, nak menantu pertama sekali mesti wat bangga kat jiran tetangga...eh menantu ko kerja apa?... kerja gomen...wah untungnya ek,senang hidup..senyum sampai ke telinga..hantaran plk penanda pada keuntungan..asal orng memuji, wah pandai anak aku cari bini...pandai anak aku cari laki...mungkin bila aku tua nanti aku pun sama menteliti camni. Tambah plk mulut2 orng yang tak ada kerja asyik nak mengumpat je..cam lh diri hebat sngt, kalu hebat tak lah dok kampung pakai kain batik. fikir2lah

kenapa orng nampak kebahagian pada kedudukan...tak semestinya kerja swasta ke,kerja sendiri ke tak menjamin masa depan..banyak sangat ke orng kerja gomen ni kaya? memang kaya, kaya dengan hutang, nak beli tu belh hutang, beli umah bleh hutang, bleh wat pinjaman bertambah2 hutang, orang cuma nampak kemewahan depan mata, tapi ada ke nampak surat hutang yang datang tiap bulan.

Aku tahu, pada pasangan yang nak berkahwin,mesti hadapi semua ni,adaje yang tak kena,aku juga faham mana2 mak ayah pun nak yang terbaik untuk anak mereka,yang terkena sindiran atau kata2 tu memanglah sakit,walupun dorang tak bermaksud, tambah2 kalau kita ni wanita pulak, fuh mau keluar airmata darahje.TAPI... ada oarng nasihat aku, bila kita melangkah je dalam keluarga seseorang, pasti ada kekurangan yang akan dipersoalkan atau menjadi buah mulut, sebelum melangkah kedunia itu, kena pastikan diri betul2 kental, hadapi semua dengan sabar dan senyuman, jangan mentel block, jangan melatah,jangan putus asa, sematkan dalam dada keyakinan yang kuat,banyakkan kebaikan dari mempersoalkan kekurangan,..hadapi mereka.. dan yang paling penting buktikan kita bleh bahagia dan berjaya walaupun bukan gomen..aku pun akan pastikan keluarga yang aku bina akan bahagia,sampai semua orng yang bercakap berkudis mulut dia..tgoklah...tak kisah lah orng nak kata pa,katalah,,,belah aku ke belah dia ke..aku dah tak peduli,yang penting aku kawin,beranak pinak dan jadi isteri yang bijak menguruskan keluarga...Bila tiba saatnya nanti aku akan buktikan,sekarang aku hanya perlu sematkan dalam hati, kesabaran yang menggunung,ketabahan dan mentel yang kuat. aku tak nak gaduh lagi denagn pakwe aku pasal hati aku yang kecik ni...aku nak besarkan hati...baru bleh bahagia..ye besarkan hati.

Tuesday, January 26, 2010

Cinta Lelaki....



Aku mula terfikir, sebenarnya apa erti cinta pada seorang lelaki? Cinta itu wujudkah atau satu perkataan sahaja? dia selalu cakap dia sayang aku tapi susah sangat nak cakap dia cinta aku, bila aku cakap i love you, dia balas ok, cm kdg2 dia balas juga i love you 2, tapi kenapa dia seringkali cakap cinta dia tak sehebat cinta aku kepadanya? apa maksudnya?...Atau aku terlalu memikirkanya.


Kadang aku rasa terlalu mahal harga pengorbanan yang perlu dibayar oleh seorng wanita untuk memiliki cinta lelaki, tetapi lelaki cm perlu tunjukan sedikit rasa sayang, rasa ambik berat, pasti wanita akn memberi hatinya. Kenapa mereka tak sedar dalam dunia ni mereka dah jd manusia yg sangat bertuah memiliki seorng yang mencintai mereka seadanya, menerima mereka seadanya..takkah mereka berfikir wanita juga mampu derhaka,mampu curang,kenapa tak nak hargai apa yang dimiliki?


Lelaki apa sebenarnya yang kau mahu? tidak cukupkah seorang wanita yang sanggup berkongsi segalanya, membantu seadanya,memberi seikhlsnya,mencintai sejujurnya,sanggup hidup susah bersama,sanggup berkongsi kesusahanmu, bukankah kamu sudah menjadi lelaki yang bertuah? atau kamu mahu wanita ini bertukar menjadi wanita yang mementingkan diri? atau mempunyai fizikal yang cantik? kenapa kamu tidak melihat kecantikan itu pada hatinya? bukankah Hati itu segala-galanya.


Entahlah, aku tidak memahami Erti Cinta pada pandangan seorng lelaki, adakah berbeza antara sayang cinta dan kesian atau tak sampai hati?.. yang aku faham cuma satu bila kita mencintai seseorang berjuanglah untuk memiliki dia, Andai satu saat perjuangan ini sia-sia redhokanlah kerana mungkin ada yang lebih baik dihadapan, tetapi kita tak akan dapat jawapan selagi tidak berjuang.. dan hanya masa yang dapat memberikan jawapanya.. Moga wanita-wanita yang berjuang ini menemui satu titik kebahagian di penghujungnya biarpun terlalu banyak kesakitan dan kelukaan dalam perjalanan itu.

Monday, January 18, 2010

Lagu Yang Amat Bermakna



Show Me The Meaning Of Being Lonely


Show me the meaning of being lonely
So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me



Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart


Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze upon me
Guilty roads to an endless love (endless love)
There's no control
Are you with me now?
Your every wish will be done
They tell me


There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body, and soul
How can it be
You're asking me
To feel the things you never show


You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

Sunday, January 17, 2010

Sahabat


Kadang kala aku rasa setiap pengorbanan itu sesuatu yang sangat mulia..dan sebenarnya yang mulia hanyalah orang yang bekorban untuk yang maha Esa, tapi adakah pengorbanan pada seorang teman adalah sesuatu yang berbaloi??..dulu aku fikir sahabat adalah segalanya,dalam hidup aku yang penuh kesunyian tampa dorongan keluarga ,di saat aku memerlukan kekuatan untuk menerima sebuah kehilangan, sahabat datang seperti seorang bidadari yang membisikkan kata-kata semangat, dan aku sangat terharu, dan aku fikir itulah sahabat-sahabat sejatiku. menangis,gembira,ketawa,bersedih bersama, dan aku merasakan pengorbanan itu amat bermakna..

Namun persahabat itu juga sesuatu yang melukakan, aku mula merasakan persahabat itu adalah satu tempat persinggahan yang akan dilalui oleh manusia dan perlahan demi perlahan  tempat itu akan dilupakan bila saat semuanya mempunyai kehidupan sendiri. setiap manusia akan menemui titik noktah dalam kehidupan dan apabila kita semua telah menemuinya, segalanya akan menjadi kenangan. pada aku sekarang sahabat itu hadir hanya untuk mematangkan, mendidik, menyedarkan dan memberi kesedaran tentang bertapa indahnya kehidupan atau bertapa kejamnya kehidupan, dua rencah yang berlainan tapi itulah kesanya.

Sahabat untuk dikenang, kesilapan untuk dimaafkan, biarlah semuanya tinggal kenagan, tak kiralah bertapa sakit atau terlukanya hati ini bila merasakan pengorbanan ini tidak berbaloi, kelukaan bila dikhianati, namun pada aku sekarang itulah, tempat-tempat yang mengajar aku erti kehidupan, kematangan dan mengajar aku bahawa sampai satu saat mementingkan diri adalah lebih baik dari melakukan pengorbanan, kerana sakitnya bila mana pergorbanan itu disiakan, tak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Mungkin waktu itu kita akan dibenci, dituduh dengan bermacam-macam andaian, biarlah yang pasti aku tidak mahu lagi dipergunakan.. sahabat boleh menjadi cahaya yang paling indah, dan sahabat juga boleh menjadi duri yang amat berbisa.

biarlah aku memahami diriku sendiri, dan aku akan tersenyum bila wajah dimamah usia mengenangkan setiap sahabat yang hadir dalam hidupkan sebagai satu percaturan dalam mendewasakan. aku pernah mencintai mereka,pernah menyayangi,pernah memberikan dengan seikhlasnya, dan kini aku tidak mahu terluka lagi.

Wednesday, January 13, 2010

Fikir..Fikir..Fikir

Dalam kepala aku skg ni cm terfikir bulan 10 je, dia dah nak habis belajar, camne aku nak hidup berjauhan dengan dia? dia slalu ada untuk aku, apa aku minta dia mesti tunaikan, tapi beberapa bulan lagi aku terpaksa teruskan hubungan jarak jauh, dah la dulu setahun berjauhan, baru dua tahun dia dekat dengan aku,skg nak berjauhan blik, rasanya dah tak blehlah,aku tak tahu camne perasaan nanti, entah2 tiap malam angau je..tak bleh jadi ni,apa patut aku buat? minta dia kerja sini? tapi dia nak menetap disana...ah serabut otak aku deh..apa kata aku ikut dia kerja sana? masalahnya ingat senang ke nak cari kerja skg?...Ya Allah, teguhkan hati ini,seandainya perpisahan ini satu ujian,aku redho, namun kuatkanlah hati kami untuk meneruskan anugerah yang engkau beri,..aku cuma nak menghargai waktu yang ada untuk membuat dia bahagia.. Dalam hati hanya akan tertinggal satu perasaan,"KESUNYIAN", memikirkan waktu yang berlalu, kadang2 rasa sakit, yang pasti selagi dia setia aku jg akan setia mencintai dia. Yang pasti tahun ni aku akan pastikan ikatan itu terjalin."Tali tanda"...") target kami.

Sunday, January 10, 2010

Sesuatu Yang Aku Rindu

Aku amat merindui
pada arwah ayah yang manyayangiku
pada sentuhan kasih sayangnya
pada nasihat dan tegurannya
pada kata-kata pujian darinya
pada aiskrim yang dibelinya saat aku demam...
pada senyuman dan raut wajahnya yang terakhir..

Aku amat merindui..
seraut wajah ibu yang yang jauh disana..
pada aiskrim durianya...
pada suara dan keperihatinanya

Aku amat merindui...
pada kekasih hati...
pada senyumanya yang menenagkan jiwa
pada ketulusan hatinya

Aku amat merindui..
seorang kawan yang semakin jauh
pada sentuhanya ketika  aku demam,
memaksa aku mandi dan membasuh kepalaku
aku masih mengingatinya
dan pada seorang teman
yang sentiasa mendengar
yang merajuk kerana nukilan aku didalam diari..
aku merindui mereka

Aku amat merindui
2 teman serumah
yang menemani aku ke hospital
di saat aku sakit,
bergurau senda di waktu malam sebelum tidur
bergaduh,ketawa,menagis bersama
dalam satu perjuangan yang aku hentikan
hanya kemaafan dan pengertian yang aku mohon

Aku juga merindui
teman-teman di sana
ketabahan,kesabaran,kekuatan
keyakinan yang teguh pada perjuangan
maafkanlah aku
maafkan aku diatas kesilapan

Aku amat merindui
setiap saat lalu yang berlalu
pada setiap kenagan indah dalam hidupku

Dan akan terus merindui....