Sunday, January 10, 2010

Sesuatu Yang Aku Rindu

Aku amat merindui
pada arwah ayah yang manyayangiku
pada sentuhan kasih sayangnya
pada nasihat dan tegurannya
pada kata-kata pujian darinya
pada aiskrim yang dibelinya saat aku demam...
pada senyuman dan raut wajahnya yang terakhir..

Aku amat merindui..
seraut wajah ibu yang yang jauh disana..
pada aiskrim durianya...
pada suara dan keperihatinanya

Aku amat merindui...
pada kekasih hati...
pada senyumanya yang menenagkan jiwa
pada ketulusan hatinya

Aku amat merindui..
seorang kawan yang semakin jauh
pada sentuhanya ketika  aku demam,
memaksa aku mandi dan membasuh kepalaku
aku masih mengingatinya
dan pada seorang teman
yang sentiasa mendengar
yang merajuk kerana nukilan aku didalam diari..
aku merindui mereka

Aku amat merindui
2 teman serumah
yang menemani aku ke hospital
di saat aku sakit,
bergurau senda di waktu malam sebelum tidur
bergaduh,ketawa,menagis bersama
dalam satu perjuangan yang aku hentikan
hanya kemaafan dan pengertian yang aku mohon

Aku juga merindui
teman-teman di sana
ketabahan,kesabaran,kekuatan
keyakinan yang teguh pada perjuangan
maafkanlah aku
maafkan aku diatas kesilapan

Aku amat merindui
setiap saat lalu yang berlalu
pada setiap kenagan indah dalam hidupku

Dan akan terus merindui....

No comments:

Post a Comment