Aku mula terfikir, sebenarnya apa erti cinta pada seorang lelaki? Cinta itu wujudkah atau satu perkataan sahaja? dia selalu cakap dia sayang aku tapi susah sangat nak cakap dia cinta aku, bila aku cakap i love you, dia balas ok, cm kdg2 dia balas juga i love you 2, tapi kenapa dia seringkali cakap cinta dia tak sehebat cinta aku kepadanya? apa maksudnya?...Atau aku terlalu memikirkanya.
Kadang aku rasa terlalu mahal harga pengorbanan yang perlu dibayar oleh seorng wanita untuk memiliki cinta lelaki, tetapi lelaki cm perlu tunjukan sedikit rasa sayang, rasa ambik berat, pasti wanita akn memberi hatinya. Kenapa mereka tak sedar dalam dunia ni mereka dah jd manusia yg sangat bertuah memiliki seorng yang mencintai mereka seadanya, menerima mereka seadanya..takkah mereka berfikir wanita juga mampu derhaka,mampu curang,kenapa tak nak hargai apa yang dimiliki?
Lelaki apa sebenarnya yang kau mahu? tidak cukupkah seorang wanita yang sanggup berkongsi segalanya, membantu seadanya,memberi seikhlsnya,mencintai sejujurnya,sanggup hidup susah bersama,sanggup berkongsi kesusahanmu, bukankah kamu sudah menjadi lelaki yang bertuah? atau kamu mahu wanita ini bertukar menjadi wanita yang mementingkan diri? atau mempunyai fizikal yang cantik? kenapa kamu tidak melihat kecantikan itu pada hatinya? bukankah Hati itu segala-galanya.
Entahlah, aku tidak memahami Erti Cinta pada pandangan seorng lelaki, adakah berbeza antara sayang cinta dan kesian atau tak sampai hati?.. yang aku faham cuma satu bila kita mencintai seseorang berjuanglah untuk memiliki dia, Andai satu saat perjuangan ini sia-sia redhokanlah kerana mungkin ada yang lebih baik dihadapan, tetapi kita tak akan dapat jawapan selagi tidak berjuang.. dan hanya masa yang dapat memberikan jawapanya.. Moga wanita-wanita yang berjuang ini menemui satu titik kebahagian di penghujungnya biarpun terlalu banyak kesakitan dan kelukaan dalam perjalanan itu.
that's right bebeh...sometimes kena bagi kesedaran n jangan tunjuk dpn mereka kita xleh khilangan mereka.Dengan kita-kita xpe la ckap or mnangis...
ReplyDelete